RizQi Stamp Online

Cuti Hari Raya Aidil Fitri

Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua pengunjung yang berugama Islam dan untuk makluman, Kedai kami di TUTUP sempena Cuti Hari Raya Aidil Fitri sehingga 02 - June - 2020 dan semua tempahan akan diproses selepas 2 - June - 2020

Selamat datang kami ucapkan pada para pengunjung laman web kami dan disini kami menyediakan perkhidmatan untuk menempah Chop Getah (Rubber Stamp), Percetakan StickerMencetak TshirtMencetak Kad PerniagaanMenempah Name Tag ataupun ID Kad untuk Pelajar atau Pekerja dengan harga yang berpatutan.

Di RizQi Stamp kami bersedia menyiapkan tempahan Rubber Stamp dalam tempoh 24 Jam dan kami juga menyediakan perkhidmatan express untuk membuat rubber stamp ianya mengambil masa 2 Jam untuk disiapkan dengan kos tambahan untuk kerja-kerja express.

Untuk perkhidmatan lain biasanya kami mengambil masa antara 2 hingga 3 hari berkerja untuk disiapkan seperti mencetak sticker, membuat tag nama, kad id pekerja, mencetak kad perniagaan dan lain.

Selain perkhidmatan diatas, kami juga menyediakan perkhidmatan Fotostat, Laminating dan binding buku sertakan percetakan lain seperti kegunaan pelajar dan berbagai lagi.

Pada kebiasannya, untuk setiap tempahan yang diterima akan dibuat Artwork dan dihantar pada pelanggan untuk pegesahan.

Selepas anda berpuas-hati dengan contoh artwork/design dan harga yang kami sediakan barulah anda membuat pembayaran secara Bank Online Transfer, Debit Kad & Kredit Kad, E-wallet (Boost dan GrabPay).

Pembayaran juga diterima daripada pihak Jabatan Kerajaan dan Badan Berkanun yang menggunakan Sistem E-Perolehan

Keadaan sekarang kita semua sedia maklum tentang masalah Wabak Covid19 yang menular dikalangan masyarakat dan kami di RizQi Stamp amat berharap supaya pelanggan membuat tempahan dan pembayaran secara online untuk mengelakkan masa yang lama berurusan didepan kedai kami untuk mengelakkan penularan wabak Covid19.

Dikedai kami memang mematuhi semua SOP yang dikeluarkan oleh Pihak Kerajaan dan KKM tapi adalah lebih baik kita berusaha sebaik mungkin mengelakkan penularan wabak Covid19 untuk kebaikan bersama antara kami dan para pelanggan.

Jika Tempahan dan Bayaran sudah dibuat secara Online, ianya memudahkan anda untuk mengambil barangan anda dan tempoh urusan menjadi lebih pendek dan mungkin ianya mengambil masa kurang dari 5 Minit untuk sesuatu urusan.

Perhatian :
# Website ini digunakan untuk membuat tempahan saja dan cara pembayaran akan dimaklumkan selepas kami menerima tempahan.

# Pembayaran TIDAK DIPROSES Secara Online di Website ini. Semua urusan pembayaran diuruskan melalui WhatsApp untuk mengelakkan kami menyimpan data rahsia pelanggan

# Pihak kami TIDAK MENYIMPAN DATA PERIBADI RAHSIA PELANGGAN. Maklumat pelanggan hanya untuk tujuan rekod pembelian sahaja.

# Sila Daftar Newsletter Kami untuk mendapatkan Tawaran dan Discount tertentu pada sesuatu masa.

Jika ada pertanyaan boleh Hubungi kami Call/WhatsApp : 60198813858

Featured Products

News
Pihak kami di RizQi Stamp menerima pembayaran seperti dibawah : # Pembayaran dengan MayBank QRPay atau E-Wallet / E-Tunai GrabPay
Perintah Kawalan Pergerakkan -Khamis, 23 April 2020
Kita semua sedia maklum bahawa pada ketika ini PKP dah masuk Fasa 3 dan marilah sama-sama kita berkerjasama memastikan kita tidak INGKAR PKP ini.
Untuk Makluman, Kepada semua pelanggan kami dari sekolah-sekolah, jabatan kerajaan dan badan berkanun jika memerlukan perkhidmatan kami boleh menggunakan Sistem Pembayaran E-Perolehan,