Chop Express 2 Jam

Kami menyediakan Perkhidmatan Express untuk sesiapa yang memerlukan Rubber Stamp dalam masa yang singkat iaitu 2 Jam dari masa pembayaran.

Rubber Stamp Express Service

Soalan lazim :

# Kenapa mesti 2 jam dan ada yang buat dalam 30 min hingga 1 Jam?
Kami menetapkan tempoh 2 jam adalah untuk memastikan janji kami pada pelanggan dapat dicapai dan jika ianya siap lebih awal pihak kami juga akan memaklumkan pelanggan untuk datang ambil di kedai kami tapi kami TIDAK BOLEH JANJI 1 Jam atau kurang kerana keadaan semasa dan kesibukkan lain.

# Kenapa harga RM15 untuk perkhidmatan express?
Untuk makluman, untuk membuat perkhidmatan express rubber stamp kami menggunakan bahan yang berbeza dan harga bahan tersebut adalah lebih mahal daripada bahan untuk membuat chop yang biasa.

# Contoh Cara Pengiraan Express
1 Rubber Stamp : RM15 + Express Service : RM15 = RM30
Jika Order 2 Rubber Stamp Express, Harga dikurangkan seperti dibawah :
2 Rubber Stamp : RM30 + 2 Express Service : RM20 = RM50

# Jika buat lebih dari 2 rubber stamp, charge perkhidmatan express adalah RM10 untuk setiap rubber stamp

# Perkhidmatan Express adalah untukĀ Chop Biasa danĀ Self-Inking Stamp

# Kenapa perlu bayar express kalau kami order pagi dan ambil lewat petang?
Seperti yang kami tetapkan bahawa setiap tempahan rubber stamp biasa (tanpa charge express) adalah dalam 24 Jam atau lebih mengikut keadaan order semasa dan sekiranya anda memerlukan rubber stamp siap dalam masa kurang dari 24 Jam ianya termasuk dalam perkhidmatan express kerana anda meminta tempahan anda didahulukan dari tempahan yang dah dibuat awal. Dalam proses potong "Q" mestilah perlu bayar lebih sebab kami juga terpaksa ubahsuai masa, bahan yang berbeza dan ubah-suai proses sedia-ada kami untuk menyiapkan tempahan anda.

Diharap penjelasan ini sedikit sebanyak menjelaskan kenapa bayar lebih untuk Perkhidmatan Express dan jika ada pertanyaan boleh Call/WhatsApp : 60198813858